012-8865145
"Petikan dari Khutbah Solat Jumaat" - JAIS
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” Riwayat Muslim (1509)
Kepada yang ingin menyumbang sila klik link dibawah
Sila lihat slide seterusnya →
Selamat Datang ke
Surau Raudhah Al-Muttaqin
Selamat Datang ke laman web dan portal rasmi Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam. Pembangunan portal ini bertujuan untuk menghubungkan pengunjung portal ini dengan pihak pengurusan Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam. Segala maklumat di dalam portal ini adalah dibawah seliaan AJK Pentadbiran Surau. Pihak Surau tidak bertanggungjawab atas segala kekeliruan maklumat di pihak pengunjung portal ini

Hebahan Dari Surau Raudhah Al-Muttaqin
Assalamualaikum wbt,
Surau Raudhah Al-Muttaqin akan membuka Tabung Pengurusan Jenazah bagi membantu jiran-jiran kita didalam menguruskan jenazah keluarga mereka.
🎯 Tujuan Tabung
✅ Menyediakan pengurusan jenazah secara percuma kepada seluruh penduduk Seksyen 4.
✅ Meringankan beban keluarga yang kurang kemampuan.
✅ Memberi peluang kepada kita semua untuk menyumbang amal jariah yang berpanjangan.
🕰 Tempoh Sumbangan
Tabung ini akan dibuka selama 2 minggu sahaja.
💝 Ganjaran
Setiap sumbangan adalah satu amalan kebajikan yang akan mengalirkan pahala, khususnya dalam membantu urusan terakhir seorang Muslim.
📍 Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Terus ke Surau Raudhah Al-Muttaqin
Bank Islam 12038010017771
Tabung khas di letakkan di lobi & ruang solat Surau untuk sumbangan tunai.
✨ “Barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya di dunia, Allah akan mudahkan urusannya di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Mari sama-sama kita jayakan usaha murni ini.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati setiap sumbangan anda.
Program Bulanan
Sewa Fasiliti Raudhah Al-Muttaqin
Dewan terbuka disediakan untuk pelbagai majlis seperti walimatulurus, nikah, kahwin, tunang, seminar, bengkel, graduasi tadika, kelas masakan, dan lain-lain acara. Juga tersedia ruang terbuka di kawasan parkir surau serta ruang makan yang selesa dan kondusif untuk memenuhi keperluan anda.
Daftar Kariah
Surau Raudhah Al Muttaqin