Author: adminsurau

  • Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti Seksyen 4 Shah Alam

    Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti Seksyen 4 Shah Alam

    Assalamualaikum w.b.t.


    ๐ŸŒ™ MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KOMUNITI SEKSYEN 4 ๐ŸŒ™

    ๐Ÿ“… Tarikh: 18 April 2026
    ๐Ÿ•— Masa: 8.00 malam
    ๐Ÿ“ Lokasi: Ruang Makan Surau Raudhah Al Muttaqin


    Majlis ini dianjurkan bersama oleh Surau Raudhah Al Muttaqin, Rukun Tetangga Seksyen 4 dan Persatuan Penduduk Seksyen 4.

    Semua jiran tetangga dijemput hadir โ€“ tua dan muda, pelbagai bangsa serta agama โ€“ untuk bersama-sama memeriahkan majlis komuniti kita ini dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.

    Seperti kebiasaan sebelum ini, setiap lorong di Seksyen 4 dijemput untuk membawa juadah secara potluck. Individu perseorangan juga amat dialu-alukan untuk menyumbang makanan.

    Pihak penganjur akan menyediakan meja khas untuk setiap sumbangan makanan. Sekiranya menu dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis, pihak penganjur juga boleh menyediakan banner khas di hadapan meja makanan anda.

    Untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan makanan atau penyertaan, sila hubungi hotline surau.


    Pihak penganjur turut menyediakan tabung sumbangan bagi membantu menyediakan pelbagai juadah untuk dikongsi bersama seluruh komuniti. Tabung tersebut ditempatkan di lobi masuk surau dan sumbangan boleh diberikan pada bila-bila masa.

    Mohon jasa baik semua untuk menghebahkan majlis ini kepada jiran-jiran dan keluarga sekitar Seksyen 4.

    Jangan malu, jangan segan โ€” marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis ini dan mengeratkan ukhuwah sesama komuniti.

    Loading