Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

PENGUMPULAN DERMA
PEMBELIAN AL-QURAN UNTUK MANGSA BANJIR ACHEH

Surau Raudhah Al Muttaqin membuka kaunter pengumpulan derma bagi tujuan pembelian Al-Quran untuk mangsa banjir di Acheh.

Sumbangan boleh diserahkan kepada Amil Zakat yang bertugas di lobi surau selepas waktu solat fardu, setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Harga bagi setiap naskhah Al-Quran adalah Rm25. Sasaran 500 naskhah.
➡️ Tiada caj keuntungan
➡️ Tiada caj perkhidmatan
➡️ 100% sumbangan digunakan untuk pembelian Al-Quran baharu.

Setakat ini, 500 naskhah telah berjaya dihantar. Namun, pada hari terakhir misi di Acheh, masih ramai yang memerlukan dan memohon Al-Quran. Al-Quran ini dihantar sendiri oleh wakil Surau Raudhah Al Muttaqin kepada penerima yang benar-benar memerlukan, khususnya anak-anak yang menghafal Al-Quran di pondok pesantren.

Di bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita merebut peluang untuk mengumpul pahala yang berpanjangan sebagai bekalan di akhirat kelak.
Ini adalah salah satu usaha mewakafkan Al-Quran kepada hamba Allah yang memerlukan.

Kaedah Sumbangan:
1️⃣ Serahan tunai kepada Amil Zakat di surau
2️⃣ QR Pay terus ke akaun surau
➡️ Sila letakkan rujukan: Zakat Al-Quran

Untuk maklumat lanjut, hubungi Hotline Surau:

Jazakumullahu khairan kathira
Semoga Allah membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat ganda 🤲

Loading