PANDUAN DAN NASIHAT DARIPADA BIRO PENGURUSAN JENAZAH SURAU RAUDHAH AL MUTTAQIN KEPADA WARIS SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN
PANDUAN TINDAKAN AWAL MENGURUSKAN JENAZAH
- Sekiranya Meninggal di rumah:
a. Buat panggilan 999 untuk pengesahan kematian. Ambulan akan datang ke rumah untuk tujuan pengesahan.
b. Buat laporan Kematian di Balai Polis seksyen 6 untuk dapatkan surat Kematian dan Permit Kebumi
c. Hubungi Hotline Surau sekiranya mahu pihak Surau menguruskan jenazah.
- Sekiranya meninggal di hospital:
a. Semua urusan dokumen hanya dilakukan di hospital. Tidak perlu ke balai polis.
b. Hubungi hotline Surau sekiranya mahu pihak Surau menguruskan jenazah.
.
- Setelah jenazah dibawa pulang atau meninggal di rumah :
a. Letak cadar dibawah jenazah supaya mudah untuk diangkat ke atas katil atau untuk mengalihkan jenazah ke atas pengusung. Jangan angkat jenazah dengan teknik tangan dibawah badan jenazah. Cecair badan akan keluar sekiranya badan di tekan.
b. Bersihkan Keseluruhan badannya. Cuci najis sekiranya ada. Pakaikan lampin jika perlu.
c. Sapukan menggunakan minyak dibahagian sendi , pelipat siku dan pelipat bawah lutut. Boleh guna minyak zaitun ataupun baby oil.
d. Tutup jenazah menggunakan kain batik.
e. Rapatkan kedua matanya. Gunakan minyak sekiranya sukar untuk tutup mata.
f. Qiamkan Tangannya seperti dalam Solat. Ikatkan tangan sekiranya sukar untuk qiam kedudukan solat.
g. Rapatkan mulutnya dan ikatkan dagunya menggunakan kain kecil.
h. Luruskan Kakinya. Dekatkan kedua kaki bawah betis dan ikatkan.
i. Tutup bahagian muka dengan mengunakan kain putih nipis seperti tudung bawal.
j. Baringkan Jenazah dengan kaki kearah kiblat dan ditinggikan/ berbantal bahagian kepala.
k. Letakkan benda berat (seperti buku kecil dan tidak tebal) dibahagian perut supaya tidak masuk angin.
- Barang Yang Akan dibawah ke Bilik Urusan Jenazah bersama waris.
a. 3 helai Kain batik lepas atau kain batik biasa tanpa dijahit. 3 helai tuala mandi yang telah dipakai.
- Pihak keluarga hendaklah menentukan 4 orang waris yang akan turut serta mandi jenazah .
Semoga dipermudahkan segala urusan.
![]()
